CUCKOO INTERNATIONAL (MAL) SDN BHD
– NOTIS DATA PERIBADI –
Dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya, notis ini adalah dikeluarkan kepada semua pelanggan dan/atau bakal pelanggan kami yang dihargai untuk menerangkan hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang kami telah dan/atau akan mengutip, mengumpul dan/atau memproses.
Kami telah dan akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk urusan anda, pada masa kini atau masa depan, dengan Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd (Company No. 1102894-H), anak syarikat, syarikat bersekutu dengannya, rakan kongsi usaha samanya, termasuk semua pemegang saham, pengarah, pekerjanya, pembekal, kontraktor dan/atau orang yang dibenarkan (“kami”, atau” Syarikat”). Data peribadi anda membolehkan kami mencapai Tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam klausa 3 disini yang berkaitan dengan perniagaan kami.
Data peribadi yang anda berikan termasuk tanpa tidak terhad kepada nama, umur, nombor kad pengenalan atau nombor paspot, alamat surat menyurat, alamat pejabat, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, butir-butir kanak-kanak dan/atau penjaga, pekerjaan, maklumat kenalan, termasuk alamat e-mel, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor faks, dan nombor telefon pejabat, butir-butiran majikan, butir-butiran tanggungan dan/atau ahli keluarga, bangsa, kewarganegaraan, gambar.
Kami mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan termasuk tanpa terhad kepada yang berikut:
Sumber-sumber data peribadi anda yang kami perolehi termasuk tanpa terhad kepada borang tempahan, borang pendaftaran, borang atas talian, perjanjian yang anda tandatangani, kad nama atau mana-mana bahan pengenalan yang anda sampaikan secara sukarela; dan direktori perniagaan atau senarai yang anda telah melanggan untuk berkongsi maklumat anda dan lain-lain.
Secara amnya, data peribadi anda yang kami kumpulkan akan dirahsiakan. Dengan ini, anda bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:
Adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi anda kepada kami dengan kaedah yang paling tepat. Sekiranya anda tidak membekalkan data peribadi anda, kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam klausa 3 disini dan semua hubungan yang diwujudkan atau yang akan diwujudkan antara kami hendaklah kemudiannya ditamatkan dan diberhentikan serta-merta.
Anda berhak untuk mengakses data peribadi anda yang kami kumpul dan proses menyampaikan notis yang munasabah.
Anda berhak untuk membuat pembetulan data peribadi anda yang kami kumpul dan simpan di mana data peribadi tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini dengan menyampaikan notis yang munasabah.
Anda berhak untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda dengan permohonan untuk menarik balik kebenaran anda sepenuhnya dalam setiap kes sebelum ini, termasuk untuk tujuan pemasaran langsung dan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah.